Publication

Keabsahan Kesultanan Johor Moden sebagai pelestari perdu legasi Kesultanan Melayu Melaka menurut jurisprudens watan = The legitimacy of the Modern Johor Sultanate as the core heir of the Malay Sultanate Legacy viewed from Watanic jurisprudence

Sep 30, 2023 · 2 authors · 10 topics

Abstract

The founding of the Modern Johor Sultanate is often associated with the political rift between Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja and Tengku Ali, the son of Sultan Husain Muhammad Shah. Regardless of the appointment of Sultan Husain Muhammad Shah by the British as the Sultan of Johor, which was disputed by many, the legitimacy of modern Johor is often seen from the string of events that took place after the Treaty dated 10 March 1855. This article investigates the legitimacy of the Modern Johor Sultanate as an heir to the legacy of the Malacca Malay Sultanate. This is a qualitative study using the method of watanic jurisprudence, which also applies three conceptual frameworks, the first of which is the Sultanate Preservation Indicator, the Enthronement of the Yang di-Pertuan Article BITARA Volume 6, Issue 3, 2023: 245-261 © The Author(s) 2023 e-ISSN: 2600-9080 http://www.bitarajournal.com Received: 25 July 2023 Accepted: 25 August 2023 Published: 30 September 2023 BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences Besar, and the Dethronement of the Yang di-Pertuan Besar. Local historiography sources consisting of various agreements, documents, and authoritative books are used as a reference to analyse the issues that arise. The findings conclude that the Modern Johor Sultanate acquired self-government sovereignty without the protectorate of the Yang di-Pertuan Besar of the Johor-Pahang-Riau-Lingga through the coming into force of the Treaty dated 29 October 1830, thus becoming the core-heir of the legacy of the Malacca Malay Sultanate. Keywords: Johor Moden Sultanate, Sultanate Preservation Framework, Yang di-Pertuan Besar Enthronement Framework, Yang di-Pertuan Besar Dethronement Framework, Core Heir to the Malacca Malay Sultanate. Cite This Article: Wan Ahmad Fauzi Wan Husain & Zulfadli Maarof. (2023). Keabsahan Kesultanan Johor Moden Sebagai Pelestari Perdu Legasi Kesultanan Melayu Melaka Menurut Jurisprudens Watan [The Legitimacy of The Modern Johor Sultanate as The Core Heir of The Malay Sultanate Legacy Viewed from Watanic Jurisprudence]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 6(3): 245-261. Pengasasan Kesultanan Johor Moden sering dikaitkan dengan pencaturan politik antara Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja (m.1862-1895) dengan Tengku Ali. 1 Tengku Ali ialah putera Sultan Husain Muhammad Shah. Sultan Husain Muhammad Shah dilantik sebagai Sultan Johor pada 6 Februari 1819 2oleh Thomas Stamford Raffles tanpa mengikut adat istiadat Melayu. 3 Gabenor Murchison menyifatkan Sultan Husain Muhammad Shah sebagai Sultan Johor yang tidak pernah diakui oleh Negeri Melayu yang lain malah tidak pernah menikmati apa-apa hasil di negeri Johor atau menjalankan kegiatan politik. Perisytiharan Sultan Husain Muhammad Shah sebagai Sultan Johor oleh Inggeris hanyalah kerana ada maksud tertentu dan tiada sebab untuk mengiktiraf Tengku Ali, putera baginda dengan gelaran sultan tanpa ada tugasan. 4 Kedudukan Sultan Husain Muhammad Shah sebagai Sultan Johor turut dipertikai oleh Gabenor Butterworth dalam laporannya kepada Kompeni Inggeris di Benggala. Beliau mengungkit bahawa Sultan Husain Muhammad Shah hanyalah tokoh patung yang diangkat oleh Raffles kerana untuk mendapatkan hak terhadap Singapura demi kepentingan Inggeris. Beliau sebaliknya menegaskan hanya Temenggong Ibrahim Seri Maharaja yang sempurna dilantik mengikut adat istiadat Melayu. 5 Selepas hampir 20 tahun berusaha dengan pelbagai cara, akhirnya Tengku Ali dibenarkan untuk memakai gelaran Sultan Ali Iskandar pada 10 Mac 1855 dengan syarat baginda tidak boleh mencampuri hal ehwal negeri Johor dan wilayahnya hanyalah daerah Muar-Kersang. 6 Artikel ini bertujuan untuk menyiasat keabsahan Kesultanan Johor Moden sebagai pelestari legasi Kesultanan Melayu Melaka. Kajian lepas misalnya Buyong Adil (2021) dan Ahmad Dahlan (2017) menunjukkan Kesultanan Johor moden mewarisi legasi Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga menerusi jalur Sultan Husain Muhammad Shah. Analisis dalam kajian ini penting kerana ia menunjukkan keabsahan pengangkatan Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Besar bagi negeri Johor dan jajahan takluknya adalah kerana terbubarnya wilayah Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga, bukanlah rentetan peristiwa pasca Perjanjian bertarikh 10 Mac 1855 di antara Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja dengan Tengku Ali. Dapatan merumuskan Kesultanan Johor Moden memperolehi kedaulatan berkerajaan sendiri tanpa naungan Yang di-Pertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga melalui kuat kuasa Perjanjian bertarikh 29 Oktober 1830 maka sekaligus menjadi pelestari perdu legasi Kesultanan Melayu Melaka. Kajian ini ialah kualitatif menggunakan metode jurisprudens watan yang turut mengaplikasikan tiga kerangka konsep untuk menjawab persoalan kajian, iaitu pertama; Indikator Pelestarian Kesultanan (Wan Ahmad Fauzi, 2018 7, 2021 8 & 2022 9), kedua; Pengangkatan Yang di-Pertuan Besar (Wan Ahmad Fauzi, 2023 10), dan ketiga; Pemakzulan Yang di-Pertuan Besar (Wan Ahmad Fauzi, 2023 11). Jurisprudens watan digunakan untuk mentafsirkan peruntukan undang-undang dan peristiwa yang berkaitan dengan lebih jelas kerana pendekatannya lebih bersifat tempatan. Ia menyiasat dan menganalisis isu undang-undang serta mentafsirkan peristiwa yang berlaku berdasarkan prinsip undang-undang yang diterima dalam kerangka kedaulatan dan adatnya. Dengan berbuat demikian, aspek kedaulatan, sejarah tempatan dan adat dianalisis untuk menentukan isu yang menjadi persoalan serta implikasinya. Adat itu merangkumi undang undang, amalan, budaya, resam dan takrifan istilah yang mencerminkan kefahaman tempatan berhubung dengan falsafah, linguistik serta maksud suatu kejadian. Tiga kerangka tersebut dibina melalui sumber berwibawa seperti Hukum Kanun Melaka, Sejarah Melayu, Sulalat al-Salatin, Tuhfat al-Nafis, Kerajaan Johor-Riau, Hikayat Siak, Hikayat Johor, Sejarah Kerajaan Lingga, Kerajaan Johor 1641-1728 dan bahan di Arkib Johor. Terdapat empat aspek yang menunjukkan Indikator Pelestarian Kesultanan, iaitu: 1. Yang di-Pertuan Besar atau pemerintah ialah ketua kerajaan berdaulat. 2. Yang di-Pertuan Besar atau pemerintah menganut agama Islam. 3. Yang di-Pertuan Besar atau pemerintah diangkat mengikut syura dan bai’ah, dan 4. Pemerintahan berlandaskan prinsip kedaulatan watannya. 12 Kelestarian kesultanan tidak tersyarat jawatan Yang di-Pertuan Besar diwariskan kepada puteranya. Sebaliknya adat Melayu menetapkan kaedah tersendiri seperti yang dinyatakan. Misalnya, Bendahara boleh diangkat menggantikan Sultan jika sekiranya tiada waris ganti, bahkan pengangkatan Sultan diputuskan oleh ahlul halli wal aqdi iaitu pembesar kesultanan. Kerangka Pengangkatan Yang di-Pertuan Besar tersyarat seperti yang berikut: 1. Kewujudan kesultanan atau kerajaan berdaulat.

Showing the abstract — retrieve the full paper via the Exa API.

Authors

Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad FauziMaarof, Zulfadli

Topics

Geochemistry and Geologic MappingGeological Modeling and AnalysisElectrical and Electromagnetic ResearchWan Ahmad Fauzi Wan Husain1,2Zulfadli Maarof3Corresponding Author: wanfauzi@iium.edu.myAbstrak Pengasasan Kesultanan Johor Moden sering dikaitkan dengan pencaturan politik antara Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja dengan Tengku Ali, putera Sultan Husain Muhammad Shah. Tanpa mengambil kira pelantikan Sultan Husain Muhammad Shah oleh Inggeris sebagai Sultan Johor yang dipertikai oleh banyak pihak, legitimasi Johor moden sering dilihat dari rentetan peristiwa yang berlaku pasca Perjanjian bertarikh 10 Mac 1855. Artikel ini bertujuan untuk menyiasat keabsahan Kesultanan Johor Moden sebagai pelestari legasi Kesultanan Melayu Melaka. Kajian ini ialah kualitatif menggunakan metod jurisprudens watan yang turut mengaplikasikan tiga kerangka konsep, iaitu Indikator Pelestarian Kesultanan; Pengangkatan Yang di-Pertuan Besar dan Pemakzulan Yang di-Pertuan Besar. Sumber histografi tempatan yang terdiri daripada pelbagai perjanjian, dokumen dan buku yang berwibawa dijadikan rujukan untuk menganalisis isu berbangkit. Dapatan merumuskan Kesultanan Johor Moden memperolehi kedaulatan berkerajaan sendiri tanpa naungan Yang di-Pertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga melalui kuat kuasa Perjanjian bertarikh 29 Oktober 1830 maka sekaligus menjadi pelestari perdu legasi Kesultanan Melayu Melaka.Kata kunci: Kesultanan Johor Moden, Kerangka Pelestarian Kesultanan, Kerangka Pengangkatan Yang di-Pertuan Besar, Kerangka Pemakzulan Yang di-Pertuan Besar, Pewaris Perdu Kesultanan Melayu Melaka.

About

PublishedSep 30, 2023
TypeArticle
Citations0

Powered by the Exa API